PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) supaya membantu orang ramai merancangan perjalanan mereka ke kampung sempena cuti Hari Raya Aidiladha.

Menurut kenyataan PLUS, trafik di Lebuhraya Utara-Selatan dijangka bertambah bersempena perayaan Aidiladha yang disambut Khamis ini dan orang ramai dinasihati untuk mematuhi TTA yang dikeluarkan jika bercadang untuk menggunakan lebuhraya berkenaan bemula 23 September hingga 27 September.

Mereka yang ingin menuju ke bandar-bandar utama dari Lemah Klang atapun dari Lemah Klang ke bandar-bandar utama dinasihati memulakan perjalanan seperti yang dijadualkan.

PLUS
Kredit Gambar: Laman PLUS MALAYSIA
TTA dikeluarkan sebagai salah satu strategi PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan orang ramai daripada terperangkap dalam kesesakan di laluan utama, kawasan rehat dan plaza tol.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000 atau layari laman Twitter PLUS.