Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata pra-pesanan itu boleh dilakukan menerusi pautan https://orderdisini.plus.com.my/ dengan menggunakan telefon bimbit, komputer riba atau dengan melayari halaman Facebook PLUS Malaysia.
"Berikutan perjalanan dalam negeri dibenarkan di lebuh raya PLUS, orang ramai yang menggunakan lebuh raya untuk menziarah keluarga terdekat dalam negeri yang sama pada Hari Raya pertama boleh menggunakan perkhidmatan pra-pesanan makanan ini.
"Pesanan makanan boleh dilakukan lebih awal, sekali gus menjimatkan masa menunggu untuk penyediaan makanan," katanya.
Azman berkata inisiatif pra-pesanan ini dapat membantu perniagaan rakan niaga PLUS dan sosio-ekonomi masyarakat di mana lebuh raya PLUS beroperasi.
Pelanggan boleh menikmati menu pilihan di bawah 'Promosi Hidangan' dengan harga RM8 dan `Pek Hamper Raya' yang menggabungkan pelbagai produk yang sesuai untuk dijadikan hadiah ketika berkunjung ke rumah keluarga terdekat, katanya.
"Pembelian boleh dijalankan secara tunai atau transaksi dalam talian. Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh melayari halaman Facebook PLUS Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 23 2020
Orang yang menggunakan lebuh raya boleh menggunakan kemudahan ini. -Bernama
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
KPDN Kelantan pantau jualan kurma Israel
Bagaimanapun, pihak KPDN Kelantan belum menerima sebarang laporan atau aduan berhubung isu itu setakat ini.
Subsidi lebih RM4.4 juta dalam 679 Program Jualan Rahmah di Kelantan
Jumlah itu diperolehi selepas pihaknya menjalankan 679 PJR dengan hasil jualan melebihi RM24 juta di 14 kawasan parlimen.
PRK Simpang Jeram: BN-PH lancar gerakan besar-besaran dekati rakyat
UMNO Bahagian Bakri bertekad membantu calon Amanah yang akan bertanding, sekali gus memastikan mereka menang PRK tersebut.
Tak sempat seludup 1,814 kg minyak masak ke Thailand
Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan tersebut menemui kotak berisi minyak masak peket 1,814 kg.
KPDN laksana Op Terjah pantau harga di bazar Ramadan
KPDN Kelantan akan melakukan Op Terjah di bazar Ramadan bagi memantau peniaga yang menaikkan harga jualan secara tidak munasabah.
KPDN Kelantan rekod rampasan hampir RM5.7 juta kes barang kawalan
Jumlah kes tersebut melibatkan rampasan minyak masak paket bersubsidi, gula, tepung gandum, kenderaan, petrol dan diesel dengan nilai denda keseluruhan RM203,300.
Tambahan stok 30 peratus kepada peruncit di musim banjir - KPDNHEP Kelantan
Tindakan itu dilakukan sebagai persediaan menghadapi musim banjir yang dijangka tidak lama lagi.
KPDNHEP Kelantan rampas 1,041kg minyak masak bersubsidi
Rampasan dilakukan dalam Operasi Membanteras Ketirisan Barang Kawalan di sekitar sempadan pada jam 11.40 pagi.
Gubal segera akta berkaitan ketum
Negara memiliki pokok ketum berkualiti tinggi, namun manfaat herba berkenaan dibolot negara jiran, iaitu Thailand.
Kemenangan berganda untuk PLUS dan ELITE, diiktiraf lebuh raya sistem tertutup terbaik
Kemenangan itu adalah bukti pengorbanan serta kerja keras pasukan PLUS, kata Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail.