awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ada pertimbangan politik tentu jawatan MB, Ketua Menteri - Presiden UMNO

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
04/03/2020
08:52 MYT
PM ada pertimbangan politik tentu jawatan MB, Ketua Menteri - Presiden UMNO
Zahid percaya Perdana Menteri mempunyai pertimbangan politik yang baik dalam membuat keputusan siapa jadi Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri Perikatan Nasional.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya Perdana Menteri, mempunyai pertimbangan politik yang baik dalam membuat keputusan mengenai penyandang jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri dikuasai Perikatan Nasional.
Katanya, beliau sudah mengadakan perbincangan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai isu itu sebelum ini.
"Kita mempunyai pertimbangan politik dalam perbicangan. Justeru, tentu Perdana Menteri mempunyai pertimbangan dan perkiraan untuk menentukan keputusan yang akan dibuat mengambil kira semua perkara terutama latar belakang dan kepentingan atau kebaikan negeri berkenaan.
"Saya telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri dan (inti pati) perbincangan itu tidak perlu saya dedahkan kepada khalayak," katanya dalam sidang media khas di Ayer Keroh pada Rabu.
Ditanya sama ada UMNO bersedia menerima sebarang keputusan yang mungkin tidak menyebelahi parti itu berhubung pelantikan Ketua Menteri Melaka yang baharu, Zahid enggan mengulas lanjut.
"Jangan buat andaian di situ," kata Zahid.
Hadir sama dalam sidang media itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta pemimpin tertinggi UMNO negeri.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Datuk Seri Ab Rauf Yusoh
#Ketua Menteri
#Menteri Besar
#Muhyiddin Yassin
#pelantikan ketua menteri
#pelantikan menteri besar
#Perikatan Nasional
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan