awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Najib hayati aspirasi golongan muda untuk input TN50

Bernama
Bernama
19/01/2017
15:52 MYT
PM Najib hayati aspirasi golongan muda untuk input TN50
PM Najib melancarkan TN50 dengan mengadakan dialog perdana bersama golongan belia dari seluruh negara. - Gambar Astro AWANI / Shahir Omar
Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melancarkan Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan mengadakan dialog perdana bersama golongan sasar, belia dari seluruh negara, yang memberi imput mengenai aspirasi mereka bagi tempoh 30 tahun akan datang.
Bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM), perdana menteri secara santai berdialog bersama belia daripada pelbagai latar belakang.
Najib berkata ini adalah masa paling sesuai untuk merangka hala tuju negara bagi tempoh 30 tahun lagi setelah negara dibangunkan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) selama 30 tahun, dan Wawasan 2020 bagi tempoh masa yang sama.
"Dalam masa 30 tahun lagi, negara akan berubah dengan radikal. Amat sesuai sekali kita lihat teropong masa depan dengan memulakan wacana ini supaya kita membina masa depan bersama," katanya ketika berucap sebelum sesi dialog yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen tempatan bermula pukul 9 malam.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin serta menteri-menteri Kabinet, dan lebih 500 peserta dialog terdiri daripada komuniti belia dari semua negeri di Malaysia, untuk mendapatkan input dalam merencana dasar negara.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#DEB
#Dewan Tunku Canselor
#TN50
#UM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan