awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Najib ingatkan peniaga jangan ambil kesempatan naikkan harga pada Ramadan

Bernama
Bernama
24/05/2017
14:28 MYT
PM Najib ingatkan peniaga jangan ambil kesempatan naikkan harga pada Ramadan
Peniaga perlu mematuhi Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017 yang disediakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada setiap masa. - Gambar hiasan
Menjelang Ramadan yang bakal tiba, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna semata-mata untuk mengaut keuntungan melampau.
"Beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadan. Saya ingin mengingatkan para peniaga untuk tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna, janganlah membuat keuntungan melampau," kata Perdana Menteri dalam catatan terbaharu di Facebook rasminya hari ini.
Beliau berkata peniaga perlu mematuhi Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017 yang disediakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada setiap masa.
"Agensi kerajaan akan memantau harga barangan dan makanan," katanya .
Sebanyak 10 barangan disenaraikan KPDNKK di bawah skim itu, yang bermula 22 Mei hingga 31 Mei.
Barangan berkenaan adalah kacang tanah; kacang hijau; telur ayam gred A, B dan C; kelapa biji; kelapa parut; gula pasir putih halus dan kasar serta tepung gandum.
Penalti akan dikenakan terhadap individu melakukan kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum ditentukan, iaitu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#harga
#keuntungan
#KPDNKK
#Najib Razak
#pengguna
#peniaga
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan