PM Najib kutuk serangan di Manchester

PM Najib kutuk serangan di Manchester
Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap mereka yang tidak bersalah di Manchester. -Reuters
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap mereka yang tidak bersalah di Manchester.

Perdana Menteri menyifatkan ia adalah tindakan tidak berperikemanusiaan serta pengecut.
Datuk Seri Najib menerusi laman Twitter rasminya menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi ini.


Pada masa sama beliau menggesa rakyat Malaysia berdiri teguh bersama Britain dan bersedia memerangi ancaman keganasan.