Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat lawatan mengejut ke Hospital Serdang di sini bagi melihat sendiri persekitaran serta keselesaan di hospital itu yang dibina pada tahun 2005.
Beliau yang diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melawat wad kecemasan, wad bersalin dan wad biasa.
Najib yang tiba pada kira-kira 5.30 petang, meluangkan kira-kira satu jam melawat hospital itu dan beramah mesra dengan pesakit serta keluarga dan mendapat penerangan daripada Pengarah Hospital Serdang Dr Rohana Johan.
Bercakap kepada pemberita selepas melakukan lawatan dan tinjauan itu, perdana menteri berkata: "Sebagai sebuah kerajaan, kita sentiasa menekankan bagaimana memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik lagi dari semasa ke semasa.
"Saya melawat Hospital Serdang hari ini untuk meninjau keadaan kerana saya difahamkan hospital ini mempunyai bilangan pelawat dan pesakit yang ramai setiap tahun sehingga keadaan sesak."
Najib bagaimanapun berkata beliau tetap bangga dengan tahap komitmen yang ditunjukkan oleh pentadbiran hospital, kakitangan, doktor dan jururawat bagi memberikan perkhidmatan terbaik untuk pesakit dengan mengurangkan masa menunggu.
"Kos perkhidmatan yang kita berikan ini adalah sangat rendah, umpamanya wad bersalin dikenakan bayaran RM50 untuk setiap bayi dan saya difahamkan wad ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan para pesakit.
"Wad Kelas ketiga mengenakan (caj) RM3 sehari. Ini adalah antara bayaran terendah di dunia. Ini bermakna kerajaan dapat menyediakan perkhidmatan kesihatan yang bermutu dan berkualiti dengan harga yang sangat minimum," katanya.
Najib juga mengarahkan Kementerian Kesihatan untuk meneliti keperluan tambahan hospital seperti ambulans, tilam, katil dan kerusi, yang agak terhad dengan serta-merta.
"Saya minta Kementerian Kesihatan menjalankan tindakan susulan dengan segera supaya keperluan ini dapat dipenuhi dalam masa terdekat agar dapat memberikan keselesaan kepada pesakit dan pelawat," katanya.
Ditanya mengenai dana, Najib berkata: "Ia tidak memerlukan belanja yang besar sangat".
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat lawatan mengejut ke Hospital Serdang. - fotoBERNAMA
Makanan, destinasi pelancongan Malaysia dipromosi di Universiti Islam Madinah
Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (Persada) cawangan Universiti Islam Madinah mengambil kesempatan mempromosikan budaya, makanan, destinasi pelancongan dan institusi pendidikan Malaysia.
Ringgit dinilai secara tidak adil berbanding dolar AS - Timbalan Gabenor BNM
Penilaian begitu tidak mengambil kira prestasi mata wang secara keseluruhan, kekukuhan dan asas-asas ekonomi negara dan prospek masa depan.
Seorang maut, dua cedera nahas dua lori treler
Identiti mangsa yang maut belum dapat dikenal pasti manakala yang cedera ialah Berudie Nyalai, 24 tahun, dan Saberi, 36 tahun.
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
PRK KKB: Komuniti India diingatkan jadi pengundi bertanggungjawab - Ramanan
Ramanan berkata mereka tidak seharusnya termakan dengan sentimen yang digerakkan pihak tertentu yang menyeru mereka memboikot PRK berkenaan.
Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
PM Najib lakukan lawatan mengejut ke Hospital Serdang
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat lawatan mengejut ke Hospital Serdang di sini bagi melihat sendiri persekitaran serta keselesaan di hospital itu yang dibina pada tahun 2005.