Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia sendirian tidak mampu untuk menamatkan kekejaman terhadap etnik Rohingya di Myanmar.
Sebaliknya, Presiden UMNO itu berkata krisis pencabulan hak asasi manusia itu hanya boleh ditamatkan dengan kerjasama masyarakat antarabangsa termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), ASEAN dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Ditanya mengenai campur tangan asing dalam urusan negara-negara Islam, Najib berkata ia amat merugikan umat Islam selain boleh menyebabkan konflik.
"Bila mereka campur tangan tentunya ada agenda tertentu sama ada sengaja atau tidak sengaja. Tentu sekali mereka tidak faham keadaan dalam negara Islam," katanya pada program Soal Jawab Khas bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016, di sini, hari ini.
Rancangan yang bersiaran selama sejam itu diperantarakan oleh Hamdan Ahmir dan disertai Pengarang Utusan Malaysia Datuk Zulkefli Hamzah dan pengacara RTM Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.
Selain itu, perdana menteri menegaskan sebagai sebuah negara demokrasi dan berdaulat, rakyat perlu bebas dalam menentukan kepimpinan serta hala tuju sendiri dan bukannya sanggup dipengaruhi pihak asing.
Beliau berkata mengikut laporan oleh WikiLeaks dan DCLeaks, hartawan Amerika Syarikat George Soros melalui Open Society Foundation telah memberi dana kepada kumpulan tertentu untuk melakukan kekacauan seperti 'The Orange Revolution' di Ukraine dan Arab Spring di negara Timur Tengah.
"Kumpulan-kumpulan tertentu telah akui menerima dana daripada Open Society Foundation. Jadi, soalnya memang ada campur tangan asing dalam urusan negara kita," katanya.
Dalam perkembangan lain, Najib menyelar tindakan sesetengah pihak yang memainkan soal kenegerian melibatkan penduduk Sabah dan Sarawak termasuk mendakwa kerajaan Persekutuan menarik hak mereka.
Mengulangi kenyataan beliau sebelum ini, Najib berkata kerajaan amat komited dengan Perjanjian Malaysia 1963.
"Jadi kita dalam proses melihat semula tafsiran itu dan kalau sesuatu yang kita buat jelas menarik hak orang Sabah dan Sarawak, kita sanggup betulkan.
"Tetapi, waima apapun ia mestilah dalam lingkungan Perlembagaan Malaysia dan soal Sabah Sarawak secede (berpisah), keluar, itu non-negotiable (tidak boleh dirunding), jangan sebut, sebab itu adalah salah dari segi undang-undang negara," katanya. -- Bernama
Bernama
Mon Nov 28 2016
Ditanya mengenai campur tangan asing dalam urusan negara-negara Islam, Najib berkata ia amat merugikan umat Islam selain boleh menyebabkan konflik. - Gambar Astro AWANI / Shahir Omar
AWANI Ringkas: Kebakaran | Kenaikan gaji penjawat awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lihat TVET, AI dan digital sebagai ekonomi baharu negara – PM Anwar
Dalam memastikan ekonomi negara terus ke hadapan, masyarakat digesa untuk tidak lagi terperangkap dalam stigma lama, atau mudah terpengaruh dengan hasutan-hasutan pihak tertentu.
Kritiklah, tapi jangan singgung soal 3R - PM Anwar
"Nak kebebasan maki hamun Raja-raja, apa nak jadi dengan negara ini? Tetapi semua bercakap tentang pertahan Melayu, parti pun parti Melayu."
Elak persepsi pojok, lawan propaganda murahan - PM Anwar
PM Anwar tegaskan kefahaman yang menyeluruh penting bagi memberi kefahaman tentang naratif yang dibawa kerajaan Madani.
Hak Palestin: Saya cuba sebaiknya, apa yang mampu
PM Anwar akui terkesan dengan kemampuan terhad untuk perjuang hak Palestin, susulan sokongan
Tindakan Ramasamy ajak pengundi KKB tolak PH hanya bersifat dendam - Loke
Tindakan Ramasamy yang meminta pengundi terutama masyarakat India supaya tidak mengundi calon PH hanyalah bertujuan untuk membalas dendam kepada DAP dan PH.
Jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat dibuka semula hari ini
Jambatan Bailey di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat yang ditutup sebelum ini untuk kerja-kerja pembaikan dibuka semula bermula 4 petang tadi.
Pentadbiran AS 'tekad' capai gencatan senjata antara Israel, Hamas - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Rabu berkata pentadbiran Amerika Syarikat (AS) "bertekad" untuk mencapai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas.
Johor perlu pacu automasi, guna teknologi dan gaji lebih tinggi - Liew
Johor mesti memacu kadar automasi, penggunaan teknologi baharu serta gaji yang lebih tinggi secara menyeluruh untuk memanfaatkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)
AWANI Ringkas: Kebocoran gas | Tuntutan palsu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Tunjuk bukti suami saya terima wang 1MDB' - Zeti
Zeti sebaliknya menegaskan pasukan pembelaan Najib perlu membuktikan kononnya Tawfiq atau anaknya menerima wang 1MDB melalui Cutting Edge Industries Ltd
Bekas pegawai Ambank akui pernah tawar diri masak sup ketika Jho Low sakit
Bekas Pengurus Perhubungan AmBank yang mengendali akaun milik Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa beliau pernah menawarkan diri memasak sup untuk Jho Low ahli perniagaan dalam buruan itu sakit.
Kes dana 1MDB: Mahkamah dengar hujah pendakwaan bagi penerimaan rakaman audio sebagai bukti
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dana 1MDB di Mahkamah Tinggi hari ini mendengar hujah pihak pendakwaan berhubung permohonan mengemukakan rakaman audio sebagai bukti.
Kes SRC: Rayuan terakhir Khamis ini, Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan utama
Keadilan yang ditangguhkan melalui kes ini, bermakna keadilan telah dinafikan kepada orang tertuduh yang lain, kata Ketua Hakim Negara.
Kes SRC: Bukti baharu Najib berlandaskan khabar angin, cubaan melengahkan perbicaraan - Sithambaram
Mahkamah perlu menolak bukti baharu berkenaan kerana afidavit tambahan Najib itu berpandukan keterangan pihak ketiga, kata Timbalan Pendakwa Raya.
Kes SRC: Mohd Nazlan mungkin berat sebelah, tidak dedahkan peranan Maybank - Hisyam Teh
Pasukan Pembelaan tegaskan Hakim Mohd Nazlan sepatutnya mengundurkan kerana pernah bersama Maybank, yang berperanan dalam penubuhan SRC International.
Proses rayuan terakhir Najib Tun Razak bermula Isnin
Proses rayuan melibatkan Ahli Parlimen Pekan itu di Mahkamah Persekutuan selama 10 hari, antara 15 Ogos hingga 26 Ogos, 2022.
Rafizi dakwa Najib di sebalik penyelewengan skandal LCS
Rafizi mendakwa Najib mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pertukaran rekabentuk LCS, serta kontraktor di sebalik penyiapan kapal tempur itu
Dr Mahathir akui 'kagum' dengan Najib
Berbeza dengan UKSB, Dr Mahathir berkata, dana yang diterima Najib mempunyai paper trail dan digital footprint, malah terbukti di mahkamah.
Najib sahkan lantikan pasukan peguam baharu, yakin beri perspektif berbeza pembelaan SRC International
Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pelantikan firma Tetuan Zaid Ibrahim, Suflan, TH Liew & Co untuk mewakili beliau dalam rayuan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan.