awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Najib terima anugerah tertinggi Bahrain

Bernama
Bernama
15/12/2017
21:08 MYT
PM Najib terima anugerah tertinggi Bahrain
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima Anugerah Tertinggi Bahrain 'King Hamad Order for Development' oleh Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa di Istana Shaikh Hamad pada Jumaat. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dikurniakan anugerah tertinggi Bahrain.
Najib menerima anugerah "King Hamad Order for Development" yang disampaikan oleh Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa di Istana Shaikh Hamad di sini Jumaat.
Perdana Menteri diberi penghormatan sebagai pemimpin asing pertama dikurnia anugerah tertinggi Bahrain yang diwujudkan dua tahun lalu.
Najib memulakan lawatan rasmi tiga hari dengan menghadap Raja Bahrain di istana sebelum itu.
Perdana Menteri diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor semasa majlis menghadap.
Raja Hamad juga mengurniakan anugerah "Medal of First Degree" kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada majlis pengurniaan anugerah.
Baginda kemudian menghoskan majlis santapan negara bagi meraikan perdana menteri, isterinya dan delegasi Malaysia di istana.
Raja Hamad yang menaiki takhta pada 6 Mei, 1999 melakukan lawatan negara sulung ke Malaysia lewat April tahun ini.
Kuala Lumpur dan Manama menjalin hubungan diplomatik sejak 1974.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Diplomatic
#Hishammuddin Hussein
#King Hamad Order for Development
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#menteri
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#PM
#Raja Bahrain
#Rosmah Mansor
#terima anugerah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan