Ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha dalam suasana pandemik, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat supaya lebih peka dan berhati-hati kerana khuatir jangkitan COVID-19 akan meningkat.
Ketika perutusan Hari Raya Aidiladha malam ini, beliau menasihatkan rakyat Malaysia supaya memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti berikut:
* Hadkan jumlah yang hadir di tempat penyembelihan tidak melebihi 20 orang bagi seekor lembu.
* Tidak dibenarkan mengadakan kenduri di tempat ibadah korban dijalankan.
* Sebaik selesai memotong dan membahagikan daging korban, segera pulang ke rumah masing-masing.
* Pastikan jumlah sanak-saudara yang datang berziarah ke rumah tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa.
*Elakkan bersalam-salaman.
* Jika ada ahli keluarga yang sedang menjalani kuarantin di rumah, beritahu sanak-saudara, jiran tetangga dan sahabat-handai supaya jangan datang ziarah.
* Pastikan ahli keluarga yang sedang menjalani kuarantin tidak keluar dari rumah. Jangan berjalan ke sana ke sini.
* Pastikan jarak yang selamat di masjid.
* Mengawal pergerakan keluar dan masuk masjid.