awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM tiba di Vienna untuk lawatan kerja tiga hari

Israr Khalid
Israr Khalid
20/01/2019
16:30 MYT
PM tiba di Vienna untuk lawatan kerja tiga hari
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) disambut para pegawai kedutaan sewaktu tiba di hotel penginapan beliau sempena lawatan kerja tiga hari di Vienna pada Ahad. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selamat tiba di ibu kota Austria untuk lawatan kerja selama tiga hari bermula Ahad hingga Selasa (20 - 22 Januari 2019).
Beliau yang menaiki jet kerajaan ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali bersama delegasi negara tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna pada jam 4 petang waktu tempatan.
Dr Mahathir dijadual memulakan lawatan kerja pada Isnin dengan bertemu Canselor Vienna, Sebastian Kurz dan Presiden republik itu, Alexander van der Bellen.
Kemudian, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Komuniti Perniagaan Austria untuk mengetengahkan potensi dan peluang pelaburan serta perdagangan di Malaysia, sebelum menyampaikan ceramah bertajuk ‘Fighting Corruption in Malaysia: Achievements, Challenges and Perspectives’ di Akademi Anti-Rasuah Antarabangsa (IACA).
Seterusnya, Dr Mahathir mengambil kesempatan untuk bertemu kira-kira 330 diaspora Malaysia yang menetap di Austria dan Republik Slovak dalam satu majlis minum petang di Grand Hotel Wein.
Selasa menjadi kemuncak lawatan apabila pemimpin berusia 93 tahun itu akan menyampaikan ucaptama di Persidangan Agung dan Mesyuarat Tahunan ke-10 Persatuan Penguatkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA) di Vienna International Centre sebelum berlepas pulang pada sebelah petangnya.
Ini merupakan lawatan kerja kedua Dr Mahathir ke Austria sejak kali terakhir pada 1987, dan yang pertama sejak menduduki semula kerusi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
Topic Berkaitan
#austria
#IAACA
#IACA
#lawatan kerja
#Perdana Menteri
#Tun Dr Mahathir Mohamad
#Vienna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan