PM umum bonus raya kakitangan awam, pesara kerajaan

PM umum bonus raya kakitangan awam, pesara kerajaan
Tarikh pembayaran akan diumumkan pada taklimat khas oleh Kementerian Kewangan yang akan diadakan pada Khamis. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Bantuan Khas Raya sebanyak RM400 akan disalurkan kepada kakitangan awam bergred 41 ke bawah, dan RM200 kepada pesara kerajaan menjelang Aidilfitri ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tarikh pembayaran akan diumumkan pada taklimat khas oleh Kementerian Kewangan yang akan diadakan pada Khamis.
Dalam pada itu, jelasnya, bantuan sara hidup kepada rakyat yang menggantikan BR1M tetap akan dilaksanakan dengan jumlah sama dan dibayar pada 6 Jun depan.

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini.