awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM umum pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat Jumaat ini

Astro Awani
Astro Awani
25/03/2020
06:20 MYT
PM umum pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat Jumaat ini
Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang menyeluruh pada Jumaat ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang menyeluruh pada Jumaat ini.
Menurut beliau, rakyat segenap lapisan akan memperoleh manfaat daripada pakej berkenaan.
Katanya, pegawai-pegawai di Kementerian Kewangan sedang bekerja bertungkus-lumus menyediakan pakej rangsangan ekonomi itu.
"Sama ada anda pemandu teksi, pemandu grab, petani, pengusaha restoran, penjual nasi lemak, penjual goreng pisang,penjual burger, pekerja harian, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk pastikan anda semua beroleh manfaat. Insya-Allah, no one will be left behind," katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung pada Rabu.
Muhyiddin juga menyatakan harapannya pusat-pusat pungutan zakat di setiap negeri turut memainkan peranan secara lebih proaktif untuk membantu golongan asnaf yang sedang menghadapi keadaan hidup yang agak lebih sukar pada masa ini.
"Berilah bantuan kepada mereka. Mungkin mereka yang sebelum ini tidak tersenarai sebagai asnaf, tetapi dalam keadaan ekonomi yang terjejas pada masa ini, mereka menjadi golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat," kata Muhyiddin.
Justeru, dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, beliau telah mengarahkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menggerakkan jentera Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan bagi mengenalpasti golongan asnaf yang layak disalurkan bantuan zakat dengan kadar segera.
"Saya berharap pusat pungutan zakat di negeri-negeri lain juga dapat melakukan perkara yang sama. Organisasi-organisasi kebajikan atau charity organizations juga boleh memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan," ujar beliau.
Topic Berkaitan
#COVID19
#ekonomi
#kabinet
#Kementerian Kewangan
#kerajaan
#menteri
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#PM
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan