awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rombakan Kabinet: 7 menteri, 9 timbalan menteri baharu dilantik

Astro Awani
Astro Awani
28/07/2015
05:39 MYT
Rombakan Kabinet: 7 menteri, 9 timbalan menteri baharu dilantik
Rombakan Kabinet diumumkan perdana menteri hari ini. -Foto Putrajaya
Pengumuman senarai anggota Kabinet baru telah dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.
Najib berkata rombakan Kabinet adalah untuk memperkukuhkan barisan dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan negara sebelum PRU14
Secara keseluruhan, seramai tujuh Menteri dan sembilan Timbalan Menteri baharu telah dilantik.
Daripada tujuh menteri baharu itu, tiga merupakan timbalan menteri yang dinaikkan pangkat. Mereka ialah Datuk Hamzah Zainudin (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), dan Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan).
Muka baharu ialah Datuk Wilfred Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia).
Dua muka lama yang menyertai semula kabinet ialah Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Ong Ka Chuan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II).
LIPUTAN LANGSUNG
2:00 petang
Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Chua Tee Yong Datuk Johari Abd Ghani
Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Nur Jazlan Mohamed Tuan Masir Anak Kujat
Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Liow Tiong Lai Timbalan Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Abdul Aziz Kaprawi
Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam Timbalan Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong Datuk Joseph Entulu Anak Belaun Datuk Seri Dr Shahidan Kassim Datuk Azalina Othman Nancy Shukri Datuk Seri Abd Wahid Omar Datuk Dr Wee Ka Siong Datuk Paul Low Seng Kuan Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom Senator Datuk Seri Idris Jala Tan Sri Panglima Joseph Kurup
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Razali Ibrahim Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (Hal Ehwal Agama)
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien Timbalan Menteri Pertahanan: Datuk Wira Mohd Johari Baharum
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Senator Datuk Lee Chee Leong Datuk Ahmad Maslan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II: Datuk Seri Ong Ka Chuan
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan: Datuk Noriah Kasnon
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili Timbalan Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Dr James Dawos Mamit
Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin Timbalan Belia dan Sukan: Datuk Saravanan Murugan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Abdul Rahman Dahlan Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Halimah Mohd Saidique
Menteri Komunikasi dan Media: Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Keruak Timbalan Menteri Komunikasi dan Media: Datuk Jailani Johari
Menteri Pendidikan: Datuk Seri Mahdzir Khalid Timbalan Menteri Pendidikan: P. Kamalanthan Senator Chong Sin Woon
Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK): Datuk Hamzah Zainuddin Timbalan KPDNKK: Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah
Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar Timbalan Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Ir Hamim Samuri
Menteri Petanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Timbalan: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Timbalan: Datuk Alexander Nanta Linggi Timbalan II: Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman Timbalan: Datuk Seri Reezal Merican
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Azizah Mohd Dun Senator Datin Paduka Chew Mei Fun
Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Rosnah Shirlin
Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Richard Riot Timbalan Menteri Sumber Manusia : Datuk Seri Ismail Muttalib
Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Mansor Timbalan: Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan
Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Idris Jusoh Timbalan: Datuk Yap Kain Ching
1:56 Tengahari
DS Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri berkuatkuasa 29 Julai. - @501Awani pic.twitter.com/sZ0lyc4zFe
— Mariah Ahmad (@A_marea) July 28, 2015
Timbalan Perdana Menteri DS Ahmad Zahidi Hamidi juga masih memegang portfolio Menteri Dalam negeri. -@501Awani pic.twitter.com/V4rqI040uT
— Mariah Ahmad (@A_marea) July 28, 2015
1: 40 Tengahari
Sidang media PM @NajibRazak berlangsung sekarang
— Astro AWANI (@501Awani) July 28, 2015
Datuk Seri Najib Razak tiba di sidang media di Pejabat Perdana Menteri Putrajaya. @501Awani pic.twitter.com/dnxZrwFL6q
— Mariah Ahmad (@A_marea) July 28, 2015
1:27 tengahari
Pasukan media sedang bersiap sedia menanti pengumuman mengenai ura-ura adanya berlaku rombakan Kabinet.
Pengumuman dijangka dibuat oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media.
Tiada sekatan setakat ini untuk membenarkan media masuk ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. - @501Awani pic.twitter.com/8qXzevQaIp
— Mariah Ahmad (@A_marea) July 28, 2015
Sebilangan media yang masih menunggu di Lobi Pejabat Perdana Menteri untuk masuk ke sidang media. @501Awani pic.twitter.com/NIAQg9eWoe
— Mariah Ahmad (@A_marea) July 28, 2015
Masih menantikan ketibaan PM @NajibRazak pic.twitter.com/Snrvv9ZJfJ
— Astro AWANI (@501Awani) July 28, 2015
Media menanti sidang media PM @NajibRazak yang dijangka bermula pada bila-bila masa. pic.twitter.com/JTDprABDyK
— Astro AWANI (@501Awani) July 28, 2015
12:02 tengahari
Wartawan Astro AWANI Hafiz Marzukhi bergegas ke Putrajaya untuk satu sidang media yang dijangka berkaitan rombakan Kabinet.
Wartawan kami @hafizmarzukhi di JPM untuk satu sidang media dijangka berkaitan rombakan kabinet pukul 3 petang ini. Langsung di @501Awani
— Astro AWANI (@501Awani) July 28, 2015
8:00 pagi
Ramalan turut mengatakan Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kabinet menjadi perhatian, namun beliau dijangka akan kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri namun tidak memegang apa-apa portfolio kementerian.
Sekitar pagi tadi, Muhyiddin dilihat masuk bekerja seperti biasa.
Cakap-cakap mengenai rombakan kabinet ini mula berlegar beberapa bulan lalu dan semakin diperkatakan sejak Isnin selepas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras pada Ahad malam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi mempersembahkan senarai rombakan Kabinet itu. Antara ramalan media mengenai rombakan ini adalah:
  • Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan akan diberi tanggungjawab sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.
  • Khairy Jamaluddin akan ditukarkan ke Kementerian Sumber Manusia atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
  • Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dijangka dilantik sebagai Menteri penuh di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menggantikan Datuk Seri Shafie Apdal yang diramalkan akan digugurkan.
  • Ada yang berpendapat nama-nama seperti Datuk Hassan Malek, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri G Palanivel bakal digugurkan dari kabinet.
Topic Berkaitan
#najib
#Perdana Menteri
#rombakan kabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan