awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis ambil tindakan video tular beratur panjang di Besut

Bernama
Bernama
19/04/2020
15:14 MYT
Polis ambil tindakan video tular beratur panjang di Besut
Video orang kampung sedang beratur panjang di lokasi tersebut tular di media sosial dan ia menimbulkan keresahan dalam kalangan netizen. - Sumber: Facebook/Polis Terengganu
Jualan ayam pada harga serendah RM1.99 sekilogram menjadi punca tarikan orang ramai berkumpul hingga ada yang gagal mematuhi jarak sosial di Besut, baru-baru ini.
Menerusi kenyataan di laman sosial Facebook, Polis Terengganu, memaklumkan pihaknya berjaya mengesan perkara itu pada Khamis lalu melalui media sosial dan rondaan dilakukan pada hari sama bagi memastikan orang kampung mematuhi saranan kerajaan supaya tidak dijangkiti COVID-19.
"Pasukan kereta peronda MPV dan Unit Rondaan Bermotosikal ke kawasan tersebut untuk menasihatkan serta memantau orang ramai supaya menjaga jarak sosial, memakai penutup hidung dan mulut serta sanitasi tangan.
"Malah teguran terhadap pengusaha gerai turut dibuat bagi menjaga pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," menurut kenyataan tersebut.
Video orang kampung sedang beratur panjang di lokasi tersebut tular di media sosial dan ia menimbulkan keresahan dalam kalangan netizen berikutan Besut berada dalam zon jingga dengan rekod 32 orang positif COVID-19, setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Besut
#COVID-19
#Facebook
#jarak sosial
#koronavirus
#laman sosial
#media sosial
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#polis
#Polis Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan