Polis buka kertas siasatan kes video dikaitkan dengan menteri

Polis buka kertas siasatan kes video dikaitkan dengan menteri
Abdul Hamid berkata, polis akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan kes video dikaitkan dengan menteri. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Menurutnya, polis setakat ini menerima satu laporan berhubung kes video yang tular di media sosial itu.
"Tindakan akan diambil sebagai mana laporan polis dibuat bagi apa jua isu. Kita jalankan siasatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata polis akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ditanya sama ada individu yang terlibat dalam video boleh dikenakan tindakan, Abdul Hamid berkata: "Dalam proses siasatan (individu berkenaan) boleh dipanggil, boleh tidak dipanggil. Kita panggil mana yang berkenaan. Kes masih dalam siasatan."

Abdul Hamid juga berkata orang yang mengedar video berkenaan boleh diambil tindakan.

Semalam, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya tuduhan seorang individu yang cuba mengaitkannya dalam video lucah. - BERNAMA

Tag: Polis buka kertas siasatan kes video dikaitkan dengan menteri, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.