awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua NATO sambut baik kemajuan usaha 'tamatkan perang Ukraine'
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru dua suspek pukul pekerja hotel

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
24/12/2019
13:00 MYT
Polis buru dua suspek pukul pekerja hotel
Dua lelaki bertindak memukul dua pekerja sebuah hotel di Bukit Bintang. - Foto ihsan polis/media sosial
Tidak puas hati selepas diminta wang untuk bertukar bilik yang kotor dipenuhi arak, dua lelaki bertindak memukul dua pekerja sebuah hotel di Bukit Bintang, Ahad lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah, kejadian pada pukul 4 pagi bermula apabila mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek yang juga pelanggan hotel terbabit.
"Suspek minta untuk menukar bilik atas alasan biliknya kotor disebabkan botol arak bertaburan dan untuk melakukan demikian suspek perlu membayar sejumlah wang.
"Namun perkara itu menimbulkan ketidakpuasan hati suspek dan akibat daripada itu suspek turun bersama rakannya ke kaunter hotel seterusnya memukul mangsa dan rakan sekerjanya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Mengulas lanjut, Mohd Fahmi berkata kedua-dua suspek telah beredar meninggalkan hotel tersebut sejurus selepas kejadian berkenaan.
"Polis telah dapat mengenal pasti seorang daripada suspek terlibat dalam kes ini dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan," jelasnya.
Topic Berkaitan
#botol arak
#Bukit Bintang
#Kanun Keseksaan
#Polis Daerah Dang Wangi
#pukul pekerja hotel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan