awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari saksi kejadian anjing mati dipercayai ditembak

Raffi Bachik
Raffi Bachik
19/06/2016
08:34 MYT
Polis cari saksi kejadian anjing mati dipercayai ditembak
Azman Ayob berkata pihaknya percaya anjing liar itu telah dibunuh dengan menggunakan senapang ekoran penemuan kelongsong peluru di lokasi kejadian. - Foto Astro AWANI
Polis sedang mencari saksi bagi satu kejadian tembakan terhadap seekor anjing dipercayai menggunakan senapang di Taman Junid Perdana di sini pada Jumaat lalu.
Kejadian itu disedari seorang pelajar berusia 18 tahun sebelum membuat aduan kepada pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah, ACP Azman Ayob berkata pihaknya percaya anjing liar itu telah dibunuh dengan menggunakan senapang ekoran penemuan kelongsong peluru di lokasi kejadian.
"Kita minta saksi kejadian memberi kerjasama dengan tampil memberi maklumat kepada pihak polis untuk diambil tindakan lanjut," katanya.
Anjing liar ini ditemui mati dengan berlumuran darah bersama satu kelongsong peluru.
Anjing liar ini ditemui mati dengan berlumuran darah bersama satu kelongsong peluru.
Sementara itu, Azman turut menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut sehingga boleh menganggu siasatan pihak polis.
"Polis minta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau ulasan terutama di media sosial. Ia penting bagi mengelak daripada berlaku sebarang gangguan terhadap siasatan pihak polis."
Setakat ini polis telah mengenal pasti 14 individu yang memegang lesen senjata api bagi tujuan menjaga kebun dan tidak menolak ada dikalangan mereka terlibat dalam insiden itu.
Pada kejadian Jumaat lalu, seekor anjing ditemui mati dengan berlumuran darah bersama satu kelongsong peluru.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan kerana membunuh binatang, kesalahan yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 yang boleh didenda melebihi RM2,000.
Topic Berkaitan
#anjing liar
#ditembak mati
#Taman Junid Perdana
#tembak mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan