Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menggagalkan rancangan untuk melancarkan serangan dengan tangkapan terhadap 15 suspek pengganas yang mempunyai kaitan dengan militan Daish.

Tangkapan dilakukan di seluruh negara sejak 22 Mac lalu sehingga pagi tadi di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Terengganu.

Ia melibatkan 11 lelaki dan empat wanita berumur antara 22 hingga 49 tahun.

Semua mereka yang ditangkap mempunyai latar belakang pekerjaan berbeza daripada kakitangan kerajaan, suri rumah, imam dan juga pelajar.

Turut dirampas adalah dokumen-dokumen berkaitan militan Daish.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengucapkan syabas atas kejayaan tersebut.


"Syabas Cawangan Khas E8 Bukit Aman, gempur sel-sel berkaitan IS mulai semalam," katanya melalui akaun Twitter.