Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menggali semula kubur jenazah Nur Aliya Syifa Murad, 5, yang meninggal dunia akibat terkena serpihan batu pengasah mesin rumput ayahnya di Kampung Tanjung Besar dekat sini, Jumaat lepas.
Perintah bagi kebenaran menggali kubur dan mengeluarkan jenazah kanak-kanak itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid, Kubang Rotan di sini dikeluarkan oleh mahkamah, semalam.
Proses mengeluarkan jenazah kanak-kanak itu mengambil masa kira-kira satu jam setengah yang bermula pukul 9.25 pagi dan terus dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, Nur Aliya Syifa cedera di bahagian dada kiri selepas batu pengasah yang sedang diasah ayahnya pecah dan serpihannya terpelanting terkena dadanya sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Farid Al Athrash Wahid berkata pihaknya sudah memperoleh perintah mahkamah untuk mengorek semula kubur kanak-kanak terbabit, semalam.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana kecuaian hingga menyebabkan kematian yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
"Saya minta masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini dan biarkan pihak polis menjalankan siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Sementara itu, bapa saudara mangsa, Fadzil Abdul Rahim, 50, berkata keluarganya dimaklumkan tentang proses berkenaan kira-kira pukul 5 petang semalam oleh pihak polis.
"Proses ini dibuat berikutan proses bedah siasat tidak dijalankan oleh pihak hospital pada awalnya. Ini kehendak undang-undang, jadi kita ikut sahaja tetapi saya minta urusan pengebumian semula dapat diuruskan dengan baik," katanya.
Fadzil juga meminta masyarakat supaya menghentikan sebarang spekulasi di laman sosial berhubung perkara ini bagi menjaga perasaan ibu dan ayah mangsa yang masih dalam keadaan sedih dan trauma.
Dalam pada itu, ibu mangsa Sabda Abdul Rahim, 41, dilihat beberapa kali pitam di perkarangan kubur sebelum dibawa keluar oleh anggota keluarga manakala ayah mangsa, Murad Othman@Aziz, 40, hanya tertunduk sambil ditenangkan saudara-mara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2017
Sabda Abdul Rahim, 41, yang pitam terpaksa dipapah oleh anggota keluarga selepas melihat kubur anaknya Nur Aliya Syifa Murad, 5, digali semula di Tanah Perkuburan Islam Masjid Nurul Ehsan, Kampung Masjid di Kubang Rotan hari ini. - Foto Bernama
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Polis gali semula kubur kanak-kanak maut terkena serpihan batu pengasah
Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menggali semula kubur jenazah Nur Aliya Syifa Murad, 5, yang meninggal dunia akibat terkena serpihan batu pengasah mesin rumput.