awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis harus bergerak seiring masa bagi mendepani cabaran baharu - PM

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
25/03/2017
02:12 MYT
Polis harus bergerak seiring masa bagi mendepani cabaran baharu - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memeriksa kawalan kehormat semasa hadir pada Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-210 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), hari ini. - Foto BERNAMA
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus bergerak seiring dengan perubahan masa bagi mendepani cabaran-cabaran keselamatan masa kini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini adalah penting bagi memastikan cabaran-cabaran ini mampu dipatahkan agar menjamin keselamatan rakyat.
"Oleh itu saya memuji inisiatif PDRM bagi memperkenalkan Volunteer Smartphone Patrol agar bukan sahaja dapat mendekatkan diri dengan rakyat, tetapi juga membanteras jenayah pada masa sama," kata Datuk Seri Najib ketika ucapan perasmiannya sempena sambutan Hari Polis ke-210 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur pada pagi ini.
Tema bagi sambutan Hari Polis tahun ini adalah 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'.
Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan dua projek terbaharu yang telah diluluskan kerajaan bagi pihak PDRM.
Projek-projeknya adalah stadium baharu di Pulapol berkapasiti 35,000 penonton dan pusat baharu bagi Unit Tindakan Khas (UTK) yang lebih canggih di Semenyih.
Dalam pada itu, beliau juga mengumumkan sumbangan sebanyak RM3 juta untuk Tabung Amanah Warisan Polis yang dilancarkan hari ini.
Topic Berkaitan
#cabaran
#Hari Polis
#Najib Razak
#PDRM
#polis
#PULAPOL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan