Tutup

Polis Johor terima laporan kanak-kanak warga China dibawa keluar hospital

Polis Johor terima laporan kanak-kanak warga China dibawa keluar hospital
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Superitenden Mohd Afzanizam Yahaya ketika dihubungi berkata, laporan berkenaan dibuat oleh seorang doktor dari hospital kerajaan pada pukul 4:20 pagi Sabtu.
JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan menerima laporan mengenai seorang kanak-kanak lelaki warga China berusia dua tahun yang dibawa keluar dari sebuah hospital di Johor Bahru oleh ibunya pada Jumaat.

Ibu bapa kanak kanak yang didapati menghidap simptom koronavirus didakwa tidak mahu anaknya dikuarantin kerana mahu menaiki penerbangan ke China pada jam 9:55, Jumaat malam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Superitenden Mohd Afzanizam Yahaya ketika dihubungi berkata, laporan berkenaan dibuat oleh seorang doktor dari hospital kerajaan pada pukul 4:20 pagi Sabtu.

Laporan doktor berusia 26 tahun itu juga difahamkan telah menjadi viral.
BACA: Kes keempat positif koronavirus dikesan di Malaysia

Laporan berkenaan mendapati kanak-kanak itu mempunyai simptom influenza seperti demam dan batuk.

Selain itu, menurut rujukan laporan doktor terbabit, beliau bersama pakar kanak kanak menasihati agar anaknya dikuarintin.

Namun, bapa kanak kanak itu berdegil dan meninggalkan hospital tersebut menyebabkan laporan polis terpaksa dibuat.

Dalam pada itu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Rabu pula berkata, perkara itu kini dalam siasatan.




Tag: polis Johor, kanak-kanak lelaki warga China, koronavirus, Johor Bahru, China, Wuhan, novel koronavirus, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, virus Wuhan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.