Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Polis Kedah lakukan siasatan menyeluruh kes tangkapan geng Ah Long

Polis Kedah lakukan siasatan menyeluruh kes tangkapan geng Ah Long
Menurut Sapii, siasatan juga akan dijalankan sama ada mereka berkemungkinan terbabit dalam kegiatan geng Ah Long sebelum ini yang melakukan modus operandi yang sama yang dilakukan mereka. - Gambar Astro AWANI
ALOR SETAR:

Polis tidak menolak berkemungkinan besar empat suspek yang terbabit dengan geng Ah Long yang ditahan di Kulim baru-baru ini mempunyai rangkaian lain.

Bagaimanapun, setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penahanan kesemua suspek terbabit.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad, pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan kesemua suspek masih direman setakat ini.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan sama ada mereka berkemungkinan terbabit dalam kegiatan geng Ah Long sebelum ini yang melakukan modus operandi yang sama yang dilakukan mereka.

"Sekiranya pihak peminjam gagal (membayar), mereka akan banyak melakukan perbuatan yang mengusarkan peminjam peminjam tersebut seperti kacau, ganggu, melempar cat ke atas rumah dan juga membakar rumah atau membaling molotov cocktil ke rumah rumah peminjam... mereka juga akan memalukan peminjam peminjam yang gagal membuat pinjaman ini," kata Sapii dalam pertemuan eksklusif dengan Astro AWANI di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada Rabu.
 
Antara barangan yang digunakan oleh sindiket Ah Long dalam kegiatan jenayah mereka yang dirampas polis Kedah.


 

Sapii berkata, siasatan juga dilakukan untuk mengenal pasti jumlah mangsa yang mempunyai kaitan dengan mereka melalui soal siasat yang masih dilakukan.

 
Beliau berkata, kegiatan geng Ah Long ini dipercayai membabitkan dua negeri iaitu di Kulim, Kedah dan Pulau Pinang.

 

Sapii berkata, dalam kejadian pada 14 Mei lalu pukul 6.15 pagi itu turut menyebabkan mangsa kerugian RM50,000.

 

Tangkapan membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita berusia 29 hingga 36 tahun yang ditahan di sekitar Kulim pada 27 hingga 31 Mei lalu.

 

Penahanan itu dilakukan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dan JSJ Kedah susulan laporan seorang mangsa yang membuat laporan polis disebabkan rumahnya terbakar dilakukan Ah Long berkenaan.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

 

Semalam Astro AWANI melaporkan, polis menahan empat individu disyaki geng Ah Long kerana terbabit dengan kes membakar rumah seorang peminjam di Padang Serai, Kulim, 14 Mei lalu.

 

Kesemua suspek ditahan secara berasingan untuk membantu siasatan dan direman selama empat hari sejak Ahad lalu untuk membantu siasatan.

 



Tag: Ah Long, sindiket, rangkaian, Kulim, Kedah, Pulau Pinang, suspek, geng Ah Long, Sapii Ahmad



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.