Polis Johor sedang mengesan individu yang memandu sebuah kereta dengan dua kanak-kanak meniarap di cermin belakang dan bonet kenderaan itu, seperti yang tular dalam laman sosial.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata ketika kejadian, individu berkenaan yang memandu kereta Toyota Vios dengan nombor pendaftaran JLE 882 turut didapati melanggar lampu isyarat merah.
"Pada 12.43 malam tadi, polis menerima aduan daripada seorang individu berhubung penularan rakaman video dan gambar yang dikongsi di laman Facebook 'Komuniti Taman Scientex' yang disyaki berlaku di kawasan Taman Scientex Pasir Gudang.
"Perbuatan yang dilakukan dalam video berkenaan (meniarap pada cermin belakang dan bonet kereta) boleh membahayakan keselamatan diri dan orang lain," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ismail berkata berikutan insiden itu, pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pemilik, pemandu dan juga kanak-kanak yang terlibat, dan menurutnya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perlakuan atau perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri, orang lain.
Sehubungan itu, pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian dan mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden itu agar menghubungi balai polis berhampiran atau Balai Polis Seri Alam dengan menelefon 07-3864222 untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 21 2019
Pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pemilik, pemandu dan juga kanak-kanak yang terlibat. - Foto ihsan pembaca/medi sosial
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Tujuh warga asing ditahan disyaki terlibat kes bunuh
Polis menahan tujuh warga asing kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki tempatan yang ditemukan di dalam bonet sebuah kereta.
Wanita sembunyi dalam bonet cuba 'redah' SJR untuk rentas negeri
Tindakan seorang pemandu e-hailing cuba menyembunyikan penumpang di dalam bonet kereta bagi mengaburi mata pihak berkuasa untuk merentas negeri, gagal apabila berjaya dikesan pasukan polis.
Polis kesan individu pandu kereta, dua kanak-kanak meniarap pada cermin belakang
Polis Johor sedang mengesan individu yang memandu sebuah kereta dengan dua kanak-kanak meniarap di cermin belakang dan bonet kenderaan itu, seperti yang tular dalam laman sosial.
Budak dipukul gara-gara lekat gula getah pada bonet kereta
Video kejadian yang tular sejak Isnin itu dikatakan berlaku di sebuah rumah kebajikan kanak-kanak di Taiping.
Macam filem The Godfather, bangun pagi jumpa kepala kuda
Seorang lelaki menjumpai kepala seekor kuda di atas bonet keretanya yang telah dirosakkan dalam satu serangan di luar rumahnya.