Pihak polis meminta orang ramai agar tidak melindungi suspek yang sedang diburu berhubung kes pembunuhan seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di tempat letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (Maidam) di sini pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap individu yang berbuat demikian.
Beliau berkata polis sedang memburu suspek berusia 29 tahun itu, yang berasal dari Manir, kerana dipercayai menikam Mohd Shukri Husin, 34, sebanyak enam kali sehingga maut.
Kejadian bermula apabila mangsa dari Kelantan datang bersama keluarganya ke pejabat Maidam bagi menyemak status suspek yang mendakwa dia masih bujang untuk berkahwin dengan adik mangsa.
Apabila tembelang sebenar suspek diketahui, berlaku pertengkaran dan pergaduhan antara suspek dan mangsa hingga membawa kepada pembunuhan mangsa.
Wan Abd Aziz berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan di beberapa lokasi yang sering dikunjungi mangsa termasuk di rumah anggota keluarganya.
Beliau berkata Ops Tutup turut dilancarkan bagi mengesan suspek dan seorang lagi rakannya.
Suspek dipercayai telah bersedia dengan pisau yang dibalut dengan kertas surat khabar dan disimpan di dalam poketnya, katanya. -- BERNAMA
BACA: Elak rahsia 'kahwin' dua terbongkar, lelaki ditikam bakal 'adik ipar'
Bernama
Sun Oct 16 2016
Unit Forensik memeriksa bahan bukti berkaitan kes seorang lelaki dibunuh di tempat letak kereta pejabat MAIDAM hari ini, 16 Oktober, 2016. - fotoBERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.
FAMA pastikan pengguna mudah dapat bawang merah tempatan
Pada peringkat permulaan ini, FAMA telah menyasarkan jualan bawang tempatan itu melalui promosi Kombo MADANI sempena program Jualan Agro MADANI.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Polis minta jangan lindung suspek bunuh bakal abang ipar
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap individu yang berbuat demikian.
Berhati-hati barangan kemas ditawar murah, mungkin hasil curi - Polis
Polis Terengganu mengingatkan orang ramai agar jangan mudah terpedaya dengan tawaran harga barangan kemas yang murah kerana mungkin ia hasil curi.