awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi gambar tular kelakuan tidak senonoh pengunjung pantai PD

Bernama
Bernama
11/11/2018
21:00 MYT
Polis nafi gambar tular kelakuan tidak senonoh pengunjung pantai PD
Polis menasihati orang ramai agar tidak menggunakan media sosial bagi menyebarkan perkara tidak benar kerana ia boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat. - Gambar hiasan
Polis menafikan kesahihan gambar tular yang memaparkan aktiviti dan kelakuan tidak senonoh sekumpulan pengunjung didakwa berlaku di pantai Batu 9 di sini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed, sebaliknya berkata gambar itu adalah kejadian berlaku di pantai Pulau Pinang beberapa tahun lepas.
"Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson setakat ini tidak menerima apa-apa aduan daripada NGO (badan bukan kerajaan) atau orang awam berkaitan kejadian tersebut.
"Pihak kami mengalu-alukan kepada orang ramai tampil ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan sekiranya kejadian seumpama itu berlaku di daerah Port Dickson," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Beliau seterusnya menasihati orang ramai agar tidak menggunakan media sosial bagi menyebarkan perkara tidak benar kerana ia boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aduan
#Aidi Sham Mohamed
#aktiviti
#media sosial
#Pantai
#pengunjung
#polis
#Port Dickson
#pulau pinang
#tidak senonoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan