awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi khabar angin Malaysia akan jadi sasaran pengganas

Bernama
Bernama
23/12/2014
04:24 MYT
Polis nafi khabar angin Malaysia akan jadi sasaran pengganas
PDRM menafikan khabar angin Malaysia menjadi sasaran kumpulan pengganas yang akan melakukan serangan khususnya semasa perayaan Krismas nanti . -Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan khabar angin bahawa Malaysia menjadi sasaran kumpulan pengganas yang akan melakukan serangan khususnya semasa perayaan Krismas nanti.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), ACP Datin Asmawati Ahmad berkata khabar angin itu yang tersebar melalui media sosial seperti WhatsApp adalah palsu.
"Sebaran maklumat melalui Whatsapp itu meminta agar orang ramai tidak mengunjungi pusat-pusat membeli belah dan tempat-tempat awam buat sementara bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya dalam satu kenyataan.
Asmawati berkata maklumat itu turut mendakwa kerajaan telah mengeluarkan amaran berhubung perkara itu dan meminta agar orang ramai berwaspada.
PDRM menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya serta tidak menyebar atau berkongsi maklumat palsu tersebut kerana tindakan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah boleh menjejaskan ketenteraman awam dan kualiti hidup masyarakat seharian.
Topic Berkaitan
#PDRM
#pengganas
#polis
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan