awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi laporan tular kanak-kanak dirogol di Tawau

Bernama
Bernama
16/04/2018
15:57 MYT
Polis nafi laporan tular kanak-kanak dirogol di Tawau
Polis hari ini menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya seorang kanak-kanak perempuan dirogol tengah hari semalam di Pasar Tanjung.
Polis hari ini menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya seorang kanak-kanak perempuan dirogol tengah hari semalam di Pasar Tanjung di sini, sebenarnya hanya diganggu lelaki disyaki ada masalah mental.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata lelaki berusia 25 tahun itu telah ditahan selepas ibu kepada mangsa berusia 10 tahun itu membuat laporan di balai polis pada pukul 1.56 petang.
"Ibu mangsa berusia 43 tahun membuat laporan polis bahawa anak perempuannya diganggu seorang lelaki tidak dikenali di pasar berkenaan pada pukul 1.30 petang.
"Mangsa bermain dengan rakan-rakannya kira-kira pukul 1 tengah hari sebelum terserempak dengan suspek yang tiba-tiba menghulurkan wang RM5 kepada mangsa tanpa berkata-kata," katanya lagi.
Berikutan itu, Fadil berkata mangsa yang terkejut dan ketakutan terus melarikan diri dan menjerit memanggil ibunya.
Sementara itu, katanya, suspek ditahan itu merupakan warga Indonesia serta tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadil Marsus
#kanak-kanak perempuan dirogol
#masalah mental
#Pasar Tanjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan