Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador hari ini menafikan mesej tular yang menyebut bahawa ahli perniagaan dalam buruan Jho Taek Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low telah ditahan di China.

Beliau dilapor berkata, setakat ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih berusaha mengesan Jho Low yang dikehendaki untuk beberapa siasatan termasuk 1MDB.

"Kami sedang berusaha ke arah itu (menahan Jho Low) tetapi masih belum selesai. Jadi mesej itu tidak benar," kata Abdul Hamid.

Hari ini satu mesej telah tular mengatakan Jho Low ditahan pasukan keselamatan China dan akan dibawa ke Malaysia oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).