awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jika itu singgung DAP, saya tarik balik apa yang saya sebutkan - Ahmad Zahid
Lereng bukit setinggi 20 kaki runtuh di Taman Bukit Teratai Ampang
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi video tular 'penyokong Indonesia dipukul' berlaku di Stadium Bukit Jalil

Hilmi Malik
Hilmi Malik
23/11/2019
03:10 MYT
Polis nafi video tular 'penyokong Indonesia dipukul' berlaku di Stadium Bukit Jalil
Video tular yang didakwa berlaku di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil. -Twitter Twitter@permadiaktivis
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan video tular yang mendakwa warga Indonesia dipukul penyokong bola sepak Malaysia tidak berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil dekat sini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata penularan video berkenaan dimuat naik bertujuan menjatuhkan reputasi Malaysia.
“Penyebaran video berkenaan dipercayai dibuat dengan niat untuk memburukkan reputasi Malaysia serta menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia.
“Penyebaran video itu juga dilihat mempunyai agenda untuk memudaratkan keselamatan rakyat negara ini yang berada di Indonesia,” katanya menerusi satu kenyataan.
Video berdurasi 48 saat itu menunjukkan mangsa didakwa 'warga Indonesia' kononnya dipukul 'penyokong Malaysia' selepas perlawanan bola sepak Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Indonesia baru-baru ini.
Polis sedang meneliti video tersebut termasuk bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia.
Perkara itu turut mendapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan yang telah memfailkan laporan polis agar kesahihan video tersebut dapat disiasat.
Polis turut meminta individu yang mempunyai maklumat atau saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Bukit Jalil
#Huzir Mohamed
#Indonesia
#Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman
#KBS
#kelayakan Piala Dunia 2022
#PDRM
#penyokong Indonesia
#penyokong Malaysia
#Piala Asia 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan