Polis sudah menahan 13 suspek dan akan memanggil penganjur program Nothing To Hide 2.0 untuk membantu siasatan berhubung kekecohan yang berlaku Ahad lalu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sudah memulakan siasatan kes itu dan menegaskan bahawa aspek keselamatan adalah di bawah tanggungjawab penganjur.
"Mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, penganjur bertanggungjawab terhadap keselamatan (orang) yang hadir dan keselamatan tempat acara itu diadakan dan dalam akta itu jelas.
"Polis akan panggil penganjur kerana ambil mudah dan dilihat tak laksana tanggungjawab (kawal keselamatan)," katanya kepada pemberita selepas istiadat penganugerahan pingat kedaulatan negara kepada 158 pegawai dan anggota di Bukit Aman hari ini.
Program Nothing To Hide 2.0 anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang berlangsung di Dewan Raja Musa, Seksyen 7, Shah Alam bertukar kecoh apabila dicemari insiden balingan kasut, kerusi, botol air serta suar daripada beberapa individu yang hadir sehingga mencetuskan panik dan berlaku kejadian bertumbuk sesama sendiri .
Kekecohan berlaku pada kira-kira 5.10 petang ketika Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad sedang menjawab soalan berhubung tragedi Memali di Baling, Kedah pada September 1985.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2017
Khalid berkata, polis akan memanggil penganjur Nothing To Hide 2.0 kerana bersikap mengambil mudah dan dilihat tidak melaksanakan tanggungjawab dalam mengawal keselamatan. - Gambar fail
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
Polis sisat perhimpunan 1 Mei, gimik pelancaran Gerakan Rakyat
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung perhimpunan 1 Mei 2023 dan sidang media gimik pelancaran Gerakan Rakyat yang diadakan di dua lokasi di ibu negara antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari.
Pakar tawar khidmat kepada kerajaan kaji semula undang-undang
MCCHR merancang menghasilkan draf pindaan dan bertemu dengan agensi berkaitan selain daripada kementerian menjelang awal tahun hadapan untuk mengemukakan cadangan pindaan, jika diperlukan.
Polis akan panggil Lokman Adam kerana perhimpunan tanpa permit
Polis akan memanggil Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berhubung penganjuran himpunan di hadapan pusat membeli-belah Sogo di sini hari ini.
Himpunan bantah ICERD tidak perlu diadakan - Muhyiddin
Beliau berkata sebarang tindakan untuk meneruskan perhimpunan itu adalah tidak munasabah.
Polis larang 'Himpunan Sayangi Malaysia' di Padang Timur
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata keputusan dibuat berdasarkan beberapa faktor keselamatan.
Polis panggil Armada PPBM bantu siasatan kekecohan Nothing To Hide 2.0 - Khalid
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sudah memulakan siasatan kes itu dan menegaskan bahawa aspek keselamatan adalah di bawah tanggungjawab penganjur.
Permit ditarik balik: Polis terima 18 laporan bantahan
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata, setakat hari ini, polis telah menerima 18 laporan daripada individu di negeri ini yang membantah debat tersebut.
Debat Dr M-Nazri: Polis tidak terima permohonan permit
Setakat ini tiada pihak memohon permit perhimpunan untuk majlis berkenaan yang dilaporkan akan berlangsung pada pukul 3 petang di MRSM Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar pada 25 Mac ini.
Perkasa cadang Pas adakan petisyen raih sokongan untuk RUU 355
Perkasa hari ini mencadangkan PAS mengadakan petisyen bagi mendapatkan sokongan masyarakat terhadap RUU 355.
Penganjur Himpunan 355 mesti patuh undang-undang - KPN
Pihak polis berkata mereka hanya akan membenarkan 'Himpunan 355' diadakan di Dataran Merdeka pada 18 Feb ini sekiranya penganjurnya mematuhi semua syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.