awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
217 Taman Rekreasi MADANI siap, 100 lagi disasar tahun ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Perak akan ambil keterangan Exco, timbalan menteri hadir jamuan di Lenggong

Bernama
Bernama
18/04/2020
15:26 MYT
Polis Perak akan ambil keterangan Exco, timbalan menteri hadir jamuan di Lenggong
Razarudin berkata pihaknya akan memanggil individu terlibat berdasarkan penelitian gambar yang tular.
Polis Perak akan mengambil keterangan seorang Exco kerajaan negeri bersama beberapa individu selepas gambar mereka tular di media sosial menghadiri jamuan bersama seorang timbalan menteri di sebuah maahad tahfiz di Lenggong, petang semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain berkata pihaknya akan memanggil individu terlibat berdasarkan penelitian gambar yang tular, esok (Ahad).
"Polis Perak turut mendapatkan bantuan Bukit Aman untuk merakam percakapan timbalan menteri berkenaan kerana beliau berada di ibu negara," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata siasatan awal mendapati timbalan menteri itu melakukan tinjauan kesiapsiagaan kakitangan Kementerian Kesihatan di Lenggong dalam menghadapi penularan COVID-19 dengan diiringi Exco Perak berkenaan yang merupakan pemilik maahad tahfiz terbabit.
Razarudin berkata Exco itu kemudian membawa timbalan menteri berkenaan melawat maahad tahfiz berkenaan sebelum menikmati makanan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan premis tersebut.
"Ketika kejadian tiada pelajar berada di maahad tahfiz tersebut selain daripada pengurusan dan timbalan menteri berkenaan," katanya.
Menurutnya berdasarkan gambar yang tular, kesemua individu yang hadir termasuk timbalan menteri duduk dalam keadaan berjarak antara satu sama lain, namun menegaskan siasatan tetap diadakan terhadap kesemua yang menghadiri jamuan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#Exco
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#media sosial
#PKP
#polis
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan