NATIONAL
Polis rakam keterangan pelukis, penaja komik propaganda

Polis telah memanggil pelukis dan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau untuk memberi keterangan di Bukit Aman berhubung penerbitan komik yang didakwa berunsur propaganda hari ini. - Gambar fail
Polis telah memanggil pelukis dan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau untuk memberi keterangan di Bukit Aman berhubung penerbitan komik yang didakwa berunsur propaganda hari ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya juga merakam percakapan pengurus sebuah muzium penaja buku tersebut bagi membantu siasatan berhubung isu itu.
"Kita turut menyambung rakaman percakapan Kuan Yu sebagai pengarang buku itu, banyak soalan yang perlu ditanya kepada dia," katanya pada sidang media tadi.
Beliau berkata, polis juga akan mendapatkan pakar sejarah bagi mendapatkan kesahihan berkaitan fakta sejarah di dalam komik berkenaan.
"Kita juga telah membuat permohonan ke Perpustakaan Negara berkenaan pengeluaran ISBN (International Standard Book Number) terhadap tajuk buku ini," katanya.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu telah menerima 46 laporan polis dari seluruh negara berhubung isu tersebut.
"Paling tinggi di Pulau Pinang iaitu sebanyak 26 laporan polis. Kita telah buka kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948," katanya.
Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran menerusi laman Facebooknya mempersoalkan komik itu yang didakwa satu propaganda yang memburukkan negara.
Najib turut memuat naik gambar sepucuk surat kebenaran dan beberapa helaian muka surat komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' tersebut yang didakwa menyebarkan propaganda itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami