Polis Sabah akan menyemak semua permohonan lesen pemilikan raifal selepas arahan pembatalan senjata api itu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara berperingkat.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata langkah itu sebagai menyokong usaha PDRM mengekang kegiatan pemburuan haram di negara ini yang dilihat semakin berleluasa.
"Saya percaya ada kriteria tertentu digunakan sebagai garis panduan sama ada untuk membatalkan lesen pemilik senjata api atau sebaliknya," katanya kepada pemberita pada program kembara bermotosikal sempena kempen memerangi dadah dan pencegahan jenayah serta 'Op Selamat 16' di sini, pada Sabtu.
Rabu lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan sebagai berkata bahawa semua lesen pemilikan raifal, yang dikenal pasti sebagai senjata api popular untuk pemburu haram, akan dibatal secara berperingkat-peringkat.
Sementara itu, Omar berkata setakat ini sebanyak 356 kes kemalangan jalan raya dicatatkan sepanjang tempoh Op Selamat 16 sempena Tahun Baharu Cina yang bermula pada 18 Jan hingga 2 Feb depan berbanding 413 kes pada operasi yang sama tahun lepas.
Dalam tempoh itu juga katanya sebanyak dua kes kematian dilaporkan berbanding tiga kes pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 25 2020
Omar mengedarkan cenderahati kepada pengguna jalan raya sempena Kempen Bermotosikal, Kembara Memerangi Dadah dan Pencegahan Jenayah serta 'Op Selamat 16' bersama Pesuruhjaya Polis Sabah di Tuaran, 25 Jan, 2020. -- fotoBERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI
Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Tragedi bongkah batu: Perak tidak akan kompromi isu keselamatan - Saarani
Kerajaan Perak sentiasa memantau isu keselamatan khususnya di kawasan berisiko zon batu kapur di negeri ini kerana membabitkan nyawa rakyat.
Artis luar negara: Garis panduan Puspal dalam peringkat akhir pindaan - Nie Ching
Garis Panduan Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) sedang dalam peringkat akhir pindaan, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Garis panduan permohonan pemeriksaan berkala kenderaan bermotor boleh diakses mulai 15 April
Garis panduan itu mengandungi antara lain syarat perkhidmatan, prosedur pemeriksaan, peralatan pemeriksaan, dan syarat pengoperasian pusat pemeriksaan.
Bomba akan sedia garis panduan pemasangan panel solar
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengeluarkan garis panduan dalam pemasangan panel solar di bangunan, premis perniagaan dan rumah di seluruh negara.
Cuaca panas: Kebenaran khas murid, guru pakai pakaian sukan - KPM
Semua institusi pendidikan diminta memberi pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan kumpulan pelaksana memakai pakaian sukan semasa cuaca panas.
Pengusaha taska wajib patuh garis panduan pastikan keselamatan kanak-kanak
Pengusaha Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) yang berdaftar diwajibkan mematuhi garis panduan dalam Program Advokasi Perkhidmatan Taska bagi memastikan keselamatan kanak-kanak sentiasa diutamakan.
Akta Media Sosial perlu dinamik, merentas masa - Pakar
Akta-akta sedia ada boleh dimanfaatkan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.
Jemputan sertai program di sekolah perlu patuhi garis panduan - Fadhlina
Tiada halangan untuk sesiapa sahaja hadiri program di sekolah, namun perlu patuhi garis panduan selain mendapat pengesahan dan kebenaran KPM.
Garis panduan, kod etika guna AI siap 90 peratus - MOSTI
Garis panduan governan dan kod etika bagi teknologi kecerdasan buatan (AI) sudah memasuki fasa akhir pembangunan dengan status pencapaian 90 peratus.
MOSTI bakal lancar Kod Etika dan Pentadbiran Kecerdasan Buatan - Lih Kang
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan melancarkan Kod Etika dan Pentadbiran Kecerdasan Buatan (AIGE) dalam masa terdekat.