Polis Kontinjen Sabah akan menangani secara serius isu pemilikan dan penyalahgunaan senjata api buatan sendiri atau bakakuk yang didapati semakin membimbangkan di negeri ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, isu itu dilihat membimbangkan apabila rekod pihaknya menunjukkan sebanyak 63 kes rampasan bakakuk di seluruh negeri ini berbanding 15 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Menurutnya, daerah Tawau mencatatkan kes rampasan tertinggi diikuti Keningau, Kunak dan Kinabatangan.
“Apabila kita melihat kepada kes rampasan sehingga September tahun ini, jumlah rampasan bakakuk menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun lalu.
“Oleh itu, kita giat menjalankan operasi bagi mengekang penyalahgunaan senjata api buatan sendiri ini.
“Kita juga mewar-warkan supaya pemilik bakakuk menyerahkan senjata api buatan sendiri milik mereka kepada balai polis berhampiran,” katanya dalam siding media sempena perhimpunan bulan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini hari ini.
Ramli berkata, siasatan pihaknya mendapati, rata-rata pemilik bakakuk memberi alasan faktor keselamatan dan tujuan memburu di hutan antara sebab mereka memiliki senjata api buatan sendiri itu.
Ujarnya, mengikut undang-undang ianya tetap dikategorikan sebagai senjata haram yang mana pemiliknya boleh dikenakan tindakan tegas mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.
Terdahulu, Ramli dalam ucapannya menyentuh beberapa isu termasuk persediaan Polis Sabah untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Selain itu, beliau turut berkesempatan untuk menyerahkan sijil penghargaan kepada 20 pegawai dan anggota polis yang berkhidmat cemerlang sepanjang bulan ini.
Ruzaini Zulkepli
Wed Oct 25 2017
Polis Sabah akan tangani isu pemilikan dan salah guna bakakuk di seluruh negeri itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Puluhan senjata api bakakuk termasuk 1,600 butir peluru dirampas
Puluhan senjata api buatan sendiri termasuk 1,600 butir peluru dirampas polis dalam serbuan di beberapa lokasi di sekitar negeri ini.
Polis buru lelaki ugut isteri guna senapang buatan sendiri
Terdahulu seorang wanita berusia 37 tahun membuat laporan polis mendakwa dia diugut dengan selaras senapang dan ditumbuk dimulut oleh suaminya pada kira-kira pukul 9.00 malam.
Ancaman 'bakakuk' di Sabah meningkat
Bakakuk ataupun senjata api buatan sendiri semakin membimbangkan pihak berkuasa di Sabah.
Polis Sabah tangani isu salah guna bakakuk
Polis Kontinjen Sabah akan menangani secara serius isu pemilikan dan penyalahgunaan senjata api buatan sendiri atau bakakuk yang didapati semakin membimbangkan di negeri ini.