awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan paderi diculik ketika memandu di Petaling Jaya

Hans Yusoff
Hans Yusoff
14/02/2017
14:13 MYT
Polis sahkan paderi diculik ketika memandu di Petaling Jaya
Mangsa dikenali sebagai Raymond Koh merupakan seorang paderi dan dikatakan sedang memandu kenderaan jenis Honda Accord dengan nombor pendaftaran ST 5515 D ketika kejadian. - Foto PDRM
Polis mengesahkan seorang lelaki telah diculik oleh beberapa individu ketika sedang memandu kenderaannya bersendirian di Jalan Bahagia, Petaling Jaya pada hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Raymond Koh merupakan seorang paderi dan dikatakan sedang memandu kenderaan jenis Honda Accord dengan nombor pendaftaran ST 5515 D ketika kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu pihaknya masih menjalankan siasatan termasuk memburu suspek terlibat.
“Kita sedang mengesan dan cuba menyelamatkan mangsa termasuk memburu suspek terlibat,” katanya.
Sementara itu, Fadzil turut memaklumkan pihaknya masih belum mengetahui motif penculikan memandangkan tiada sebarang tuntutan dibuat suspek ke atas ahli keluarga mangsa.
“Setakat ini kita belum mengetahui motif penculikan dan ahli keluarga mangsa masih belum menerima sebarang tuntutan wang tebusan daripada penculik berkenaan,” ujarnya lagi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.
Topic Berkaitan
#Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor
#Paderi diculik
#raymond koh
#SAC Fadzil Ahmat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan