Polis Kinabatangan mengesahkan menerima laporan daripada Jabatan Hidupan Liar berhubung kematian 13 ekor gajah Pygmy Borneo beberapa minggu lalu di Hutan Simpan Gunung Rara, Ulu Kuamut, Kinabatangan.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan DSP Martin Lugu berkata pihaknya menerima laporan polis itu pada 25 Jan dan telah membuka kertas siasatan mengenai kejadian itu.
"Kami akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan (Khianat Terhadap Binatang). Siasatan dijalankan berdasarkan bidang kuasa polis termasuk meneliti sama ada berlaku unsur jenayah atau khianat," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Berdasarkan laporan itu, pada 24 Jan, kira-kira jam 3.30 petang bertempat di kawasan Hutan Simpan Gunung Rara, lima ekor bangkai gajah iaitu satu jantan dan empat betina ditemui kira-kira lima kilometer daripada pintu pagar sebuah syarikat pembalakan iaitu Ampayar Kejora.
Pemeriksaan terhadap semua bangkai gajah berkenaan mendapati tidak ada kesan kecederaan pada bangkai itu dan pada hari berikutnya iaitu pada 25 Jan satu lagi bangkai gajah ditemui kira-kira 1.5 kilometer dari pintu masuk syarikat pembalakan berkenaan dengan seekor anak gajah yang masih sihat berada dekat bangkai itu.
Pada 26 Jan seekor lagi bangkai gajah ditemui kira-kira 14 kilometer dari pintu masuk syarikat pembalakan berkenaan dan tiga hari kemudian iaitu pada 29 Jan tiga lagi bangkai gajah ditemui tetapi lokasi bangkai itu ditemui belum dikenal pasti.
Martin berkata unit Forensik dengan bantuan Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pegawai polis dari Tawau akan ke kawasan kejadian itu esok untuk menjalankan siasatan.
Sehingga berita ini ditulis, sebanyak 13 ekor bangkai gajah ditemui.
Bernama
Wed Jan 30 2013
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Polis sah terima laporan kematian gajah di Sabah
Polis Kinabatangan mengesahkan menerima laporan daripada Jabatan Hidupan Liar berhubung kematian 13 ekor gajah Pygmy Borneo