awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sambut baik rancangan Hishammuddin bantu bawa pulang Jho Low

Bernama
Bernama
24/10/2018
03:53 MYT
Polis sambut baik rancangan Hishammuddin bantu bawa pulang Jho Low
Mohamad Fuzi melakukan pemeriksaan barisan kawalan kehormat anggota Polis pada Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman hari ini. --fotoBERNAMA
Polis mengalu-alukan rancangan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membantu membawa pulang ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low, yang dilaporkan berada di China, bagi menyelesaikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata usaha yang ingin dilakukan bekas menteri pertahanan itu adalah berdasarkan rangkaian hubungannya dengan pemimpin negara luar.
"Saya tidak pasti motif (Hishammuddin) tetapi (usaha kesan Jho Low) adalah berdasarkan 'contact' yang beliau ada... sekiranya boleh bantu, kita (polis) alu-alukan," katanya sambil menambah tiada keperluan untuk memanggil Hishammuddin.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai tawaran Hishammuddin itu, pada perhimpunan bulanan peringkat Bukit Aman, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad Fuzi berkata usaha mengesan Jho Low serta bapanya, Tan Sri Low Hock Peng dilakukan berterusan oleh polis, termasuk berhubung dengan polis antarabangsa (Interpol).
"Kita (polis) telah ambil langkah yang perlu termasuk berhubung dengan pihak berkuasa negara di mana Jho Low disyaki berada.
"Kita masih menunggu maklumat bagi membawa balik Jho Low ke negara," katanya.
BACA: Apa motif Hishammuddin nak cari Jho Low sampai 'lubang cacing'?
BACA: Tawaran Hishammuddin menarik, tapi biarlah kerajaan buat - KJ
Pada Isnin, Hishammuddin berkata beliau bersedia menawarkan dirinya untuk mencari Jho Low di China dengan menggunakan hubungan terdahulunya dengan pemimpin China bagi menyelesaikan skandal 1MDB.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Fuzi berkata polis masih menjalankan siasatan berhubung rampasan barangan kemas yang mempunyai kaitan dengan kes dana 1MDB.
"Polis sedang kumpul maklumat daripada semua pihak, ada yang cakap mereka ada hak atas barang (kemas) itu.
"Jika mereka kata begitu, mereka kena buktikan dan jika mereka tidak dapat buktikan polis akan jalankan siasatan mengikut keperluan termasuk kepada pihak yang membuat tuntutan," katanya.
Terdahulu, pada perhimpunan itu, seramai 49 pegawai dan anggota polis menerima Pingat Jasa Pahlawan sebagai menghargai semangat kepahlawanan, pengorbanan dan kebaktian kepada negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#barang kemas
#China
#dana
#Hishammuddin Hussein
#Jho Low
#Menteri Pertahanan
#Mohamad Fuzi Harun
#polis
#rampasan
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan