awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sedang kesan pemilik akaun YouTube ugut bantah sistem keadilan mahkamah

Bernama
Bernama
16/02/2015
11:47 MYT
Polis sedang kesan pemilik akaun YouTube ugut bantah sistem keadilan mahkamah
KHALID: Sesiapa yang cuba menggugat keamanan dan ketenteraman akan menerima padahnya.
Polis sedang mengesan pemilik akaun YouTube 'isis malaysia 69' bagi membantu siasatan berkaitan cubaan menghasut orang ramai mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan di mahkamah negara ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan menyiasat kumpulan yang terlibat dengan video itu.
"Sesiapa yang cuba menggugat keamanan dan ketenteraman akan menerima padahnya," katanya kepada Bernama hari ini.
Dalam video berdurasi kira-kira seminit itu, empat individu dalam video itu berselindung dengan berpakaian serba hitam dan menutup bahagian muka bagi mengelak identiti mereka dikenal pasti.
Dalam video itu, mereka memberi amaran akan mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah dengan membakar mercun pada 18 Feb pada pukul 11.30 malam.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad berkata pemilik akaun itu dipercayai telah memuat naik video berkenaan pada hari Ahad di media sosial dengan tujuan menghasut orang ramai untuk turut serta dalam perjuangan mereka dengan dakwaan-dakwaan yang dilontarkan.
"Sehingga kini, tiada tangkapan yang dibuat berhubung kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen," katanya.
Topic Berkaitan
#isis malaysia69
#Khalid Abu Bakar
#polis
#Zainuddin Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan