Polis seru wanita mangsa ragut berhampiran Sogo tampil bantu siasatan

Polis seru wanita mangsa ragut berhampiran Sogo tampil bantu siasatan
Polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang kebetulan terakam kejadian ragut tersebut pada pukul 1 petang di Kompleks Sogo. - Foto ihsan pembaca Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seorang wanita mangsa ragut di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Ibu negara diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah setakat ini pihaknya masih belum menerima laporan polis yang dibuat mangsa.
“Polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang kebetulan terakam kejadian ragut tersebut pada pukul 1 petang di Kompleks Sogo.

“Lelaki berkenaan difahamkan sedang merakam video Vlog di hadapan komples berkenaan. Berdasarkan keterangan suspek seorang lelaki menaiki motosikal telah meragut rantai leher seorang wanita yang sedang melintas jalan dari arah Kompleks Sogo ke Kompleks Pertama,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Mohd Fahmi berkata siasatan dibuat berdasarkan laporan lelaki berkenaan namun mangsa masih belum tampil untuk membantu siasatan.

Bagaimanapun katanya, pihak polis telah memulakan siasatan dan menyeru mangsa untuk tampil membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran.

Tag: wanita, ragut, Jalan Tuanku Abdul Rahman, polis, Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, merakam, Kompleks Pertama, siasatan, Sogo


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.