awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ONSA pastikan internet lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga - MCMC
Gereja bersejarah Vondelkerk musnah dalam kebakaran malam Tahun Baharu
MediaTek lancar cip Dimensity 7100 untuk peranti 5G mampu milik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dakwaan anggota PGA lepaskan tembakan

Salim Aziz
Salim Aziz
13/02/2020
11:39 MYT
Polis siasat dakwaan anggota PGA lepaskan tembakan
Antara peluru yang dutemui di lokasi kejadian. - Astro AWANI
Polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung beberapa das tembakan, yang didakwa dilepaskan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sebuah rumah di Kampung Melayu, Padang Besar, pada malam Selasa.
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad yang dihubungi berkata, siasatan dalaman sudahpun dimulakan, namun beliau enggan mengulas lanjut kes berkenaan.
Sementara itu, seorang penduduk, Wan Azhar Harun, 50 tahun berkata, kejadian pada 9 malam Selasa itu mengejutkan mereka sembilan beranak, hingga menyebabkan salah seorang cucunya trauma.
Ketika itu, dia sedang bermain dengan cucunya di dalam rumah, sebelum menyedari sekumpulan lelaki bersenjata yang memakai baju-T, masuk ke halaman rumah.
Kata Wan Azhar, menantunya yang keluar meninjau ke halaman rumah, terdengar bunyi tembakan lalu meluru ke arah kereta untuk melarikan diri.
Bagaimanapun, Wan Azhar mendakwa, kereta dinaiki menantunya ditembak beberapa kali hingga menyebabkan kerosakan.
“(Ini) hal keselamatan, patutnya dia memperkenalkan diri dia sebagai anggota polis… dia nak check apa, check lal. Ni mai kot pintu belakang kita, ingat penyamun ke apa ke.
“Pastu depa melepaskan tembakan membuta tuli, kena dua buah kereta, kena menantu saya dan anak angkat saya,” ujarnya.
Kata Wan Azhar, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup CCTV rumahnya, selepas kejadian, ada beberapa anggota PGA yang berpakaian lengkap datang mengutip kelonsong peluru di rumah.
Bimbang kejadian berulang, anak ketiganya, Puteri Zafirah, 19 tahun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, pada Rabu.
Topic Berkaitan
#kes tembakan
#padang besar
#PDRM
#penduduk tempatan
#PGA
#polis
#sempadan thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan