awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Surat terbuka Najib Razak buat rakyat Malaysia
Zelenskyy jumpa Trump esok untuk bincang usaha tamatkan perang dengan Rusia
Wanita cedera dihempap pokok tumbang di Kampung Pantai Sepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dakwaan bapa ditumbuk guru semasa daftar anak sekolah

Bernama
Bernama
02/01/2017
14:46 MYT
Polis siasat dakwaan bapa ditumbuk guru semasa daftar anak sekolah
Bapa seorang pelajar sebuah sekolah menengah di sini mendakwa ditumbuk seorang guru lelaki semasa sesi pendaftaran persekolahan. - Gambar hiasan
Bapa seorang pelajar sebuah sekolah menengah di sini mendakwa ditumbuk oleh seorang guru lelaki dalam kejadian semasa sesi pendaftaran persekolahan pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Zamzuri Mohamad berkata sebelum kejadian, berlaku perselisihan faham antara bapa dan guru itu berhubung senarai nama untuk semakan untuk proses pendaftaran.
Katanya hasil siasatan awal mendapati bapa pelajar tersebut tidak berpuas hati kerana senarai nama pelajar tidak dipamerkan bagi memudahkan urusan pendaftaran.
"Kejadian berlaku pada 9.30 pagi semasa sesi pendaftaran. Semasa pendaftaran, bapa pelajar itu telah ditumbuk di telinga kiri oleh seorang guru berkenaan.
"Mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Simunjan dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital
#Seksyen 323 Kanun Keseksaan
#Simunjan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan