awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat kes penghantar makanan wanita ditendang hingga jatuh

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
19/05/2020
14:59 MYT
Polis siasat kes penghantar makanan wanita ditendang hingga jatuh
Siasatan awal mendapati terdapat perselisihan faham antara keduanya namun tiada kecederaan dialami mereka berdua. - Foto media sosial
Polis menerima laporan berhubung pergaduhan seorang lelaki dengan penghantar makanan wanita di Bandar Puteri, Puchong, pada Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, pihaknya telah memanggil kedua belah pihak untuk dirakamkan percakapan.
"Siasatan awal mendapati terdapat perselisihan faham antara keduanya namun tiada kecederaan dialami mereka berdua.
"Kertas siasatan akan dilengkapkan dan diminta semua pihak bertenang dan tidak mengeluarkan komen yang boleh memecahkan keamanan dan mendatangkan kegusaran awam," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pergaduhan seorang lelaki berbaju hijau dan seorang wanita penghantar makanan.
Video itu menunjukkan lelaki berkenaan menendang wanita itu sehingga terjatuh.
Ujar Ismadi kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Bandar Puteri
#media sosial
#penghantar makanan wanita
#pergaduhan
#polis
#Polis Daerah Serdang
#Puchong
#Seksyen 323 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan