awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Asrama pekerja binaan di Seremban terbakar
DUNIA
Perang Gaza belum tamat tanpa pembebasan tebusan - Duta Israel
POLITIK
Tarikh Perhimpunan Agung UMNO ditunda kepada 26-29 Nov
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Polis siasat kes video tular pengasuh dera bayi

Siti Norbaya Abidin
Siti Norbaya Abidin
15/11/2019
20:56 MYT
Polis siasat kes video tular pengasuh dera bayi
Berdasarkan hasil siasatan awal polis, kejadian dipercayai berlaku kira-kira sebulan yang lalu. - Foto ihsan pembaca/media sosial
Polis sedang melakukan siasatan berhubung video seorang wanita yang didakwa mengasari seorang bayi di Tanjung Tokong Lama, Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang berkata pihaknya telah berjaya mengesan seorang wanita berusia 34 tahun, yang dikatakan pengasuh bayi itu dan telah merakamkan percakapannya.
Menurutnya, perbuatan wanita itu terbongkar apabila berjaya dirakam seorang individu yang kemudiannya menghantar klip video tersebut kepada seorang wanita lain yang kemudiannya bertindak membuat laporan polis.
Jelas Che Zaimani, hasil pemeriksaan mendapati bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Namun mangsa dirujuk ke hospital untuk pemantauan daripada agensi lain dan juga pakar kanak-kanak.
Berdasarkan hasil siasatan awal polis, kejadian dipercayai berlaku kira-kira sebulan yang lalu.
Polis juga mendakwa ibu bayi berkenaan juga mengakui tidak pernah mendapati sebarang kecederaan pada anaknya.
Malah bayi itu juga dikatakan aktif seperti biasa dan tidak mengesyaki anaknya didera oleh suspek.
Setakat ini polis belum menahan wanita tersebut tetapi sudah merakam percakapannya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Topic Berkaitan
#Akta Kanak-Kanak
#klip video
#pengasuh dera bayi
#Polis Daerah Timur Laut
#pukul bayi
#Tanjung Tokong Lama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami