awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Uqasha Senrose, Kamal Adli sah cerai talak satu
Rakyat Malaysia di Narathiwat digesa patuhi perintah berkurung
[TERKINI] Muhammad Hafizuddeain pilih bersara awal, jawatan PAT masih kosong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat tindakan protes graduan UM

Hakim Rahman
Hakim Rahman
16/10/2019
10:22 MYT
Polis siasat tindakan protes graduan UM
Pada Selasa, seorang mahasiswa UM melakukan protes dengan melaungkan slogan menolak kepimpinan Naib Canselor UM sejurus selepas menerima skrol ijazah. - Gambar fail
Polis membuka kertas siasatan terhadap mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang melakukan protes sebaik menerima skrol ijazah pada Konvokesyen UM ke-59 Selasa lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihaknya telah menerima laporan berhubung insiden tersebut dan melakukan siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
Katanya, tindakan siswa membawa plakad dan melaungkan perkataan “tolak rasis”, “undur VC” dan “ini tanah Malaysia” telah melanggar protokol istiadat dan mengganggu prosiding konvokesyen Universiti Malaya.
“Siasatan akan diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
“Polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada terhadap sesiapa yang didapati menganggu gugat ketenteraman awam atau mencetuskan isu yang menyentuh sensitiviti perkauman mahupun agama di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pada Selasa, seorang mahasiswa UM melakukan protes dengan melaungkan slogan menolak kepimpinan Naib Canselor UM sejurus selepas menerima skrol ijazah.
Tindakan itu dipercayai bagi membantah ucapan Naib Canselor UM, Dr Abdul Rahim Hashim ketika Kongres Maruah Melayu 6 Oktober lalu.
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#Majlis Konvokesyen
#Malaysia
#Melayu
#penjara
#polis
#protes
#protes Universiti Malaya
#siasatan
#UM
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan