Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang disyaki memuat naik poster berunsur provokasi di media sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata poster provokasi yang dimuat naik dua pelajar tersebut berkaitan bantahan terhadap sistem keadilan di mahkamah.

Menulis di laman Twitter peribadinya, Khalid memaklumkan pelajar dari Universiti Selangor (Unisel) dan Universiti Sains Malaysia (USM) itu akan ditahan reman.

"PDRMsia semlm telah menahan 2 Penuntut, Unisel dan USM kerana muat naik berikut. Mereka akan di reman," tulis beliau.