awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan empat rakan serumah ibu tunggal mangsa bunuh

Bernama
Bernama
18/01/2019
22:53 MYT
Polis tahan empat rakan serumah ibu tunggal mangsa bunuh
Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mempunyai teman lelaki warga Indonesia yang pernah mengajak mangsa berkahwin. - Gambar hiasan
Polis menahan empat rakan serumah seorang ibu tunggal warga Indonesia yang ditemui mati dipercayai dibunuh di rumah sewanya di Taman Universiti, Seri Kembangan dekat sini petang Khamis, bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata dua lelaki dan dua wanita Indonesia terbabit direman lima hari hingga Khamis depan.
“Motif kejadian disyaki disebabkan perselisihan faham atau cemburu akibat orang ketiga iaitu kekasih atau teman lain.
“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mempunyai teman lelaki warga Indonesia yang pernah mengajak mangsa berkahwin.
"Polis sedang mengesan teman lelaki mangsa yang melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata telefon bimbit milik mangsa turut hilang dipercayai dilarikan oleh suspek dan polis kini sedang giat mengesan suspek berkenaan.
Ismadi berkata bedah siasat ke atas mayat mangsa di Hospital Serdang pada jam 1 tengah hari Jumaat mendapati punca kematian disebabkan kemungkinan jerutan pada leher.
Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati tiada kecederaan lain termasuk kecederaan seksual.
Pada Khamis, mayat ibu tunggal yang dikenali sebagai Jamilah Mat Shaari, 33, ditemui tanpa pakaian di atas katil di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan oleh rakan serumah yang juga dipercayai adik iparnya pada 5 petang, sebaik pulang dari tempat kerja.
Pembantu rumah sambilan itu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 10 tahun menyewa di rumah berkenaan bersama empat lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh
#cemburu
#Indonesia
#Jamilah Mat Shaari
#kahwin
#Kekasih
#mangsa
#mayat
#Perselisihan Faham
#polis
#Seri Kembangan
#siasatan
#suspek
#Taman Universiti
#teman lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan