awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKM perkukuh saringan di pintu masuk antarabangsa susulan wabak Nipah di India
Agong berangkat pulang selepas akhiri lawatan khas di St Petersburg
Trump yakin AS–Korea Selatan mampu capai penyelesaian selepas ancam tarif 25 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lapan individu, penganjur parti liar di Shah Alam

Bernama
Bernama
16/06/2020
13:01 MYT
Polis tahan lapan individu, penganjur parti liar di Shah Alam
Kesemua mereka ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 1.45 pagi selepas menerima aduan orang awam yang terdengar bunyi bising dari unit kediaman berkenaan. - Gambar hiasan
Polis menahan lapan individu termasuk penganjur satu parti liar yang diadakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah unit kondominium mewah di Seksyen 7 di sini pada 7 Jun lepas.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata penganjur parti liar itu yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 31 tahun juga disyaki membekalkan ganja kepada peserta parti berkenaan yang kesemuanya berumur dalam lingkungan 24 hingga 30 tahun.
Beliau berkata kesemua mereka ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 1.45 pagi selepas menerima aduan orang awam yang terdengar bunyi bising dari unit kediaman berkenaan.
"Hasil pemeriksaan ke atas unit kondominium yang dipercayai disewa lelaki itu bagi menganjurkan parti berkenaan, polis menemukan satu plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki ganja seberat 275 gram dengan anggaran bernilai RM1,200.
"Hasil ujian saringan air kencing mendapati enam individu positif dadah namun kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya pada sidang media di sini, pada Selasa.
Baharudin berkata siasatan lanjut mendapati penganjur parti itu melakukan kegiatan terbabit sejak tiga bulan lepas selain turut mengedar dadah dan dia disyaki menggunakan media sosial untuk menyewakan unit kondominium kepada kenalannya untuk berparti.
Beliau berkata kesemua individu itu telah dituduh di mahkamah baru-baru ini mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Sementara itu, Baharudin berkata sebanyak 199 saman dikeluarkan pihaknya melibatkan kesalahan trafik, dadah dan jenayah dengan 49 tangkapan dalam Op Lejang Khas Bersepadu yang dilaksanakan bermula 30 Mei hingga hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#parti liar
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#PKPB
#polis
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan