Tutup

Polis tahan penunggang motosikal, siasat anggota JPJ dalam video tular

Polis tahan penunggang motosikal, siasat anggota JPJ dalam video tular
Polis menahan penunggang motosikal yang terlibat dalam insiden ini bagi membantu siasatan. -Foto viral
POLIS menahan penunggang motosikal yang mendakwa dikasari dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam insiden yang tular sejak semalam bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor, penunggang motosikal berusia 20 tahun itu kini ditahan dan berada dalam siasatan pihak polis.

Tambah beliau, siasatan kes berkenaan akan dijalankan secara menyeluruh serta melibatkan kedua-dua anggota JPJ yang terbabit dalam kes berkenaan.

Jelasnya, berdasarkan keterangan kes, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat ketika anggota JPJ sedang mengadakan sekatan di Kilometer 23 Jalan Lahad Datu – Sandakan.
“Anggota JPJ yang menggunakan sebuah peronda jenis Toyota Fortuner ke hadapan jalan bagi menjalankan pemeriksaan sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai mereka bagi mengawal lalu lintas kenderaan yang berhenti sebelum sekatan.

“Ketika pemeriksaan, sebuah motosikal tiba ke kawasan kawalan lalu lintas dan cuba untuk berhenti tetapi diarahkan oleh anggota JPJ untuk terus ke kawasan sekatan bagi pemeriksaan lanjut.
“Ketika menuju ke sekatan, motosikal ditunggang suspek berpusing balik dan dengan niat untuk melarikan diri dan cuba merempuh dua pegawai JPJ yang sedang mengawal lalu lintas.

“Namun tindakan penunggang gagal apabila tayar motosikalnya bergesel dengan bahagian hadapan kenderaan Toyota Fortuner hingga menyebabkan motosikal menuju ke dalam parit di tepi jalan,” jelasnya menerusi menerusi kenyataan media, pada Sabtu.

VIDEO IHSAN ORANG RAMAI:


Katanya, ekoran tindakan penunggang motorsikal itu enggan berhenti dan semakin agresif bagi melepaskan diri, kedua-dua anggota JPJ itu cuba untuk menghentikannya dengan melompat ke arah motosikal berkenaan, namun, tidak mengenai suspek.

Bagaimanapun, kedua-dua anggota berkenaan berjaya menahan suspek.

Dalam proses menahan suspek, dia dikatakan cuba melawan menyebabkan anggota JPJ menggunakan kekerasan untuk merebahkan suspek.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, suspek gagal menunjukkan lesen memandu dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya.

Nasri berkata, motosikal suspek dirampas untuk siasatan lanjut.

“Polis akan siasat daripada semua aspek kedua-dua pihak.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186/323 Kanun Keseksaan dan Seksye 6 (1) (c) Akta Imigresen,” katanya.

Terdahulu, sebuah video tular di media sosial berdurasi 45 saat memaparkan dua penguat kuasa JPJ seolah-olah memukul penunggang motosikal terbabit.



Tag: video, JPJ, suspek, media sosial, siasatan, Imigresen, polis, Lahad Datu, Sandakan, Toyota



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.