awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis teliti semula kes buli dan pukul T. Nhaveen sebagai kes bunuh

Astro Awani
Astro Awani
15/06/2017
15:06 MYT
Polis teliti semula kes buli dan pukul T. Nhaveen sebagai kes bunuh
D Shanti, ibu kepada mangsa buli dan pukul T.Nhaveen, 18 tidak dapat menahan kesedihan selepas dimaklumkan anaknya itu meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini. - Foto Bernama
Polis tidak menolak kemungkinan untuk mengklasifikasikan kes pukul dan penderaan seksual remaja T.Nhaveen, 18, di Pulau Pinang sebagai kes bunuh dan akan disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan kematian remaja itu petang tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar melalui aplikasi Whatsapp berkata sebelum ini lima suspek berusia antara 16 dan 20 tahun disiasat mengikut seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata.
Susulan kematian mangsa, pihak polis akan meneliti semula siasatan kes berkenaan bagi membolehkan kes disiasat dibawah seksyen 302 iaitu membunuh.
Dalam kejadian Sabtu lalu, Nhaveen dilaporkan dipukul oleh sekumpulan lelaki berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Jalan Kaki Bukit, George Town.
Remaja itu dipukul sehingga menyebabkan dia mengalami mati otak dan pemeriksaan hospital mendapati duburnya turut terkoyak dipercayai akibat kemasukan objek keras.
Sementara itu, suasana kesedihan menyelubungi perkarangan Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) susulan kematian Nhaveen.
Ahli keluarga dan rakan mangsa, berkumpul sejak petang Khamis sebaik mendapat berita mengenai kematiannya.
Nhaveen yang mati otak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi ( ICU) Hpp sejak enam hari lalu selepas dipukul sekumpulan lelaki disahkan meninggal dunia kira kira jam 5.30 petang.
Difahamkan upacara penghormatan terakhir Nhaveen dijangka diadakan esok selepas urusan bedah siasat selesai.
Topic Berkaitan
#Kanun Keseksaan
#liwat
#mangsa
#mati
#remaja
#siasatan
#suspek
#T Nhaveen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan